hikayat terong titiwangsa

adapun tersebutlah kisah zaman sebelom kamera DSLR belom lagi mampu dibeli, arakian berdirinya sebuah kerajaan di sebuah negeri, di bawah naungan baginda yang dipertuan besaq Soltan Das Bebawu ibni almarhum Soltan Das Bebayo nama diberi, memerintah kerajaannya daulat sekali, disayangi rakyatnya tidak terperi, buktinya semuanya berbondong-bondong keluar mengundi, setiap kali adanya pilihanraya negeri..


adapun baginda Sultan Das Bebawu ini mempunyai seorang permata, tapi malangnya bukan dilahirkannya, kerna dirinya sendiri sudah lagi tak upaya (lol), didapatnya anak ini dari isteri lakinya yang sudah tiada.. adapun berseri wajahnya puteri ini cantik jelita, indah menawan bak bulan purnama, digila-gilakan oleh seantero rakyat jelata, diintai-intai tv3 untuk dioffer menjadi pengacara, ewaahh!!


arakian tuan puteri ini walaupun cantik jelita, namun sayang jiwanya merana, hidupnya kosong tiada memember, yang ada hanyalah dayang-dayang istana, yang dibayar gaji setiap bulan oleh ibunda, untuk menemaninya dan menghiburkannya, walaupon tanpa rela hati mereka..


jiwanya merana diulit sunyi, hidupnya kosong tiada yang menemani, dek kerana tidak tahan lagi, sang puteri pon memberanikan diri, dengan tak malunya mengadap si ibu tiri, mohon dicarikan barang seorang jantan untuk dibuat laki..




hatta Sultan Das Bebawu ini, kerna terlalu sayangkan sang puteri, bergegas memerintah para menteri, mempromosi puterinya di tv, agar bisa diketahui penduduk negeri juga duniawi, akan hajat Sultan yang disayangi, untuk mencarikan seorang laki, buat jadi peneman hidup puterinya yang gatal ini.


arakian di negeri ini adanya lima laksamana, gagah perkasa menjadi kesayangan baginda, mempertahankan negeri dan melindungi rakyat jelata, dari perbuatan onar dan tercela, segelintir manusia yang rendah moralnya. adapun dipanggilnya mereka menghadap baginda, kerna di benak baginda itu mempunyai satu idea, jika hendak dicari laki buat puterinya yang jelita, perlu diuji dahulu mereka semua, hendaknya baginda menantu yang gagah dan bijaksana, agar nanti bisa menjadi penggantinya, jika telah sampai masanya..




hatta bermulalah pencarian si menantu, berbondong-bondong yang datang ke situ, dengan harapan tinggi nan satu, menjadi bakal suami idaman puteri yang dicari sang ratu, namun malang tidak pernah berbau, tidak pula mereka menyangka terjadi begitu, syarat diberi membuatkan semua terpaku, perlu menewaskan pahlawan lima bersaudara yang pandai berkung-fu, haiyakk!


adapon yang masih berani tidak berganjak pergi, impian di hati perlu direalisasi, memiliki cinta puteri yang suci, menjadikan sang puteri jelita permaisuri hati, walhal hasrat durjane sebenarnya mahu menjadi kerabat diraja negeri,disanjung dan dihormati sekelian penghuni, hai duniawi duniawi..


maka pertarungan pun bermula, yang berkeinginan mengahwini puteri berentap tenaga dengan laksamana, sepak dan terajang tomoi dan silat tidak kira ilmu apa, daripada ilmu ghaib sehinggalah penampar yang biasa, semuanya diguna menentang pahlawan yang berlima, tidak disangka pahlawan berlima berkekuatan tidak terduga, tenaga yang dikerahkan tidak berguna, tiada yang mampu menewaskan mereka juga, dari mula hinggalah ke akhirnya..

hang atero
hang bibah
hang kinah
hang yana

err..ang kedek-kedek
hikmat laksamana berlima tiada terkalahkan, semuanya rebah tidak mampu melawan, ada yang pulang meraung-raung kehibaan, mencari ibu minta disuapkan makan, alahai kan..


sang Sultan bagaimanapun gelisah pula, menantu yang dicari tidak diketemu juga, semua yang mencabar tewas akhirnya, di tangan dan kaki laksamana lima bersaudara, nak menyesal sudah tak berguna, kerna tiada lagi yang berani mencabar menduga, sudahnya terkangkang baginda memikirkan idea, bagaimana lagi mahu dicarikan laki untuk si anakanda?












adapun titah sudah diperkata, tiada jalan untuk berpatah semula, antara pendekar yang berlima, entah siapa yang malang bakal menjadi mangsa, bukan tidak sudi beristerikan puteri jelita, cuma bukankah kita ni sama sex sumenye betina????? ha? ha? ha? 

"ang kedek-kedek, 12.43 am"

to be continued.........




9 Responses
  1. kah3x...hahaha...huhuhu...lawak larrr.. :D


  2. aku sukeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!! hahahaha..lawak gila...hahahaha..ilang stress aku...hahahaha..aku suke...akuuu sukeeeee....semua expresi muka kena dgn dialog...hahahaha..terbayang aku citer nie...hahahahahhaa..love3x..x sia2 4 jam lot...hahahahaha


  3. adoiyai... teguling2 aku kat sini!!!!! macam syial.. tapi nape aku suke??! hahahahahahah...


  4. Iman Says:

    ea mas!! tengs la polo, aq xley bukak blog ko aa, asal bukak je lappy aq restart, asal aa?? de virus eh? huhu

    rab: yea bebeh!! pat jam bai, hakhak! lau study da abeh kot, lalala

    tuan: hahaa mahap la memperkotak katikkan personaliti ko, lolz


  5. ko memang BISH! hahahaha... adeiyai.. sapa putera idaman aku ni? choi minho! choi minho!


  6. Iman Says:

    hakhak, sabaq naaa, hikayat terong the sequel hade bai...
    errr lau aq de idea la, lalala


  7. syamimi omar Says:

    kahkahkah~
    sakit perut..


  8. Sam Says:

    Assalamualaikum

    cantik blog.pandai edit gambar


  9. Iman Says:

    mimot-hehehe

    tina-w'salam, hahaa, err ni bukan edit, cume bermaen gan photoscape, erkk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...