politikus opiskus sp

Malaysia menang gol tapi kalah agregat woi. Aku okay je sebab rsa player sume main bagus malam ni. cuma tak de rezeki nak menang, nak buat cemana.

by the way sungguh la lama belog ini tidak ku bukak. bukan update ok, tapi BUKAK. update memang kirem salam la bile dah keje ni. laptop pon bukak sebulan sekali, leulz. skrin siap bersawang.

anyway aku dah selamat bekerja hampir setaun, so far boleh la saving sikit2 untuk plan masa hadapan (yang masih tak tau ape plan itu, tapi kita simpan je la untuk safety precaution kan). all i can say is, bila dah kerja ni memang tak de ruang untuk ko menjadi blur. kalau kau degil mahu blur, maka terimalah kata-kata makian dari para "super seniors yang bajet takde buat salah langsung" secara dalam talian (yakni Internet Messenger).

tempat aku kerja kalau dorang x puas hati memang pakat ngumpat kat IM je, pastu lalu depan kau buat muka pelek. haha boo la sama kau! dah tua pon nak amalkan lagi perangai ketidakmatangan seperti ini.

tapi aku pon sama je XD

haha politik opis kau, di mana-mana pon serupa. kau kerja dekat pejabat agama ke, balai polis ke, or kelab malam, for sure wujud punya konflik. selagi manusia yang bertuhankan napsu pegang jawatan, selagi tulah mende ni pasti ada. gittew.

aku actually tak terkesan pon dengan benda-benda gini. yela kat opis aku ni hanya makhluk picisan saja, orang tak tegur aku aku buat hal sendiri je, janji kerja aku siap (walau hakikatnya jarang dapat siap on time/off time), so tak kisahlah kau nak mengumpat aku ke, nak buat muka taik depan aku ke, or nak buat aku ni invisible aku rasa aku tak kan kesah pon. sebab aku pon buat benda yang sama dekat kau lahanat!! kakakakaka

sorry la, aku kalau tengah2 menaip tetibe beremosi memang cenggini. menambah dosa orang yang baca entry ini pula (hai hasnieza), hahahahaha

tapi kutuk-kutuk aku, marah dan memaki aku, aku tetap sayang job ni, first job, first interview kerja wei, sape tak sayang! gaji pon cukop la buat menampung kehidupan tak seberapa aku ni, hahaha. so sebab tu sekarang aku dah belajar tak nak amik pusing apa orang lain nak pikir pasal aku. (belajar ok!sebab fitrah hidup aku dilahirkan memang species sensitif, semua benda aku nak terasa) - I FEEL TOO MUCH, but think less XD
so aku harap lepas ni kalau ditakdirkan dapat kerja lain ke apa, at least sistem immunity aku terhadap species manusia-manusia jelmaan iblis ini (aku dah kata, bila aku beremosi aku cenderung untuk menggunakan kata-kata yang berunsurkan kecelakaan, haha) sudah terbina kukuh,so takdela first day kena marah nanti meraung-raung beli tiket balik pandan indah. eh

poyos la entry kalini
tapi bila masa pula tak pernah poyos ?XD

kla adioss
(da la x bagi salam)

Aku yang menggunakan pekerjaan sebagai disguise untuk mengusya jejaka2 sador di MYTAR hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...