Kenangan Aku : Cerita Budak Hostel - II

Biasa la kat mane-mane institusi, mesti ada authority yang kene in charge hal ehwal orang-orang kat dalamnya. Kalau kat sekolah, ada cikgu disiplin, pengawas dan sebagainya. Kat hostel pulak kitorang ni bawah jagaan warden. And bawah warden pulak ada satu badan neh yang bertanggungjawab uruskan hal-hal berkaitan penempatan student. Kat hostel aku badan ni dikenali sebagai BAPENA (Badan Penempatan Asrama).

BAPENA ni biasanya in charge atas benda-benda hak milik asrama yang digunakan student. Contoh kalau student ade masalah loker ke pintu terkunci, memang kitorang panggil BAPENA la nak setelkan benda ni. Dorang memang ada dibekalkan ngan alatan khas untuk kopakkan benda-benda ni. Selain tu, peranan BAPENA gak penting bila ada student baru masuk. Haa kat sinila cerita pasal senior paling ganaz yang aku pernah kenal ni bermula.

Hari kedua lepas kitorang mendaftar, selain kena jalani orientasi kat sekolah, kitorang pon kene orientasi gak kat asrama. Nama pon sekolah berasrama kan. So, yang conduct orientasi ni BAPENA yang aku cite jap tadi tu. BAPENA ni memang setiap tahun diambik dari kalangan form 5 je. Sebab kerja dorang ni babitkan banyak penggunaan tenaga fizikal, so normally, yang terpilih tu adalah yang dalam kalangan berbadan tough, besar, dan asset yang paling pentingà bermuka bengis. Ada 4 ahli dalam BAPENA ni. And dorang tinggal dalam dorm dorang tersendiri. Sejak aku form 1 dorm BAPENA ni memang tak nah berubah tempatnya : nun di hujung tingkat 3 sebelah bilik ampai and toilet.

5 taun aku dok situ, aku rase ketua BAPENA, or even, form 5 yang paling ganaz tahap the hulk yang aku pernah jumpa/kenal, adalah ketua BAPENA time aku form 1. Senior yang in charge kitorang untuk orientasi kat asrama, haha sampai mati aku takkan lupe name dieà Kak Suhana (ea macam familiar lak bunyik die, cam name fb seseorang, agaknye orang gan name ni memang cenderung jadik pembuli tak, ahaha (larikkk!! ). So, kak suhana ni memang dikenali sebagai form 5 yang paling ditakuti la mase tu. Die cakap biase gan kitorang pon denga cam die maki je. Terserempak kat koridor malam-malam aku rase cam die datang nak belasah aku. Tapi fortunately,  budaya ragging kat hostel aku ni memang da tak belaku lagi la, sebab warden da warning awal2, so selamat la, tapi kitorang tetap kena bahan melalui medium yang lain. Hah, benda typical yang dialami sumer freshies , atas alasan nak suro dorang sume kenal seniors : mintak signature sumer student form 5. Pffft.

Mintak signature memang dengar cam senang, Tapi bukan sumer senior ni senang-senang je bagi signature dorang, before dapat signature tu kompom la kene dera macam-macam dulu. Kalau nasib baik sikit kene suroh nyanyi je, dapat yang radical, kene kirim salam kat abang form 5 la, jerit tepi tembok wat announcement bagi satu hostel dengar, kene suro amikkan ration kat dewan makan, and macam-macam lagi. Tapi sebenanye kadang aku seronok gak, especially bila disuro menyanyi, dapat gak chance release tension, walopon akak tu jadik tension denga sore aku, hakhak, lantak la, da ko yg suro nyanyi.

So, berbalik kepada cite kak suhana ni, die punye signature la yang paling susah nak didapat. Kadang tu kalau ade budak datang die pure-pure tenga tido la, baru nak mandi la, paling menjengkelkan kalau dia buat bodo je bila orang mintak signature die. Zalim kan? Bagi aku plak, lepas try beberapa kali, akhirnya die setuju gak nak bagi signature die kat aku. And aku gak antara orang terakhir yang dapat signature dia sebab besoknye da dateline. Time tu memang happy la tak terkira, sebab bila dia da sign kat buku aku ni, lengkapla mission aku. Paling bangga gak sebab aku ni antara beberapa orang je yang dapat signature die.  And aku pon memang da prepare mentally la kat benda-benda mengarut yang dia bakal suro aku buat nanti. Yela, sebab reputasi die sebagai form five yang paling ganaz dalam tempoh sedekad. Die suro terjun dari tembok pon rasenye aku sanggup je buat kot. Time tu memang da desperate sangat. Tapi aku tak tau kenapa, sebab aku comel sangat agaknya, kali ni die tak denda pape pon. Die teros bagi signature! Bertuah gile aku! Rase cam nak wat gelek gerudi inul je.  Tapi korang nak tau,aku langsung tak gumbira time tu…. Eh kenapa pulak? Em Sebab..sebab..

…….sebab dia sain pakai liquid paper!  Binawe!!!!

Haha hadoii, nasib la, walopon x nampak sain tu, tapi dujane tu da bagi signature dia, so keje aku da setel. Malam pon tiba, time ni kitorang kene panggil lagi pegi bilik BAPENA, dorang nak cek buku signature kitorang. Form 5 yang laen pon ade, so memang sesak la dorm yang tak besar mana tu. Malam ni sebenanye memang istimewa sket bagi aku : sebab selain jadik malam yang paling menakutkan dalam idop aku, pada malam ni gak telah berlakunya satu peristiwa yang kelakar nak mati. Hahahahahaaaaa (sori aku takley bendung ketawa tiap kali terpike mende ni XD)

Disebabkan kekangan masa and kerenah senior yang mengada-ngada cam aku cite tadi, ada la sebahagian dari kitorang yang tak berjaya mencompletekan tugasan dorang ni. Yang tak cukup signature tu memang kene setel habis-habisan la, aku and beberapa yang lain yang cukup signature pon kene bahan same, sebab dorang pakai konsep “one for all and all for one” , kalau dalam bahasa pujangga, kerana nila setitik rosak susu sebelanga lah. So sume kene. Time tu memang da ramai la yang nages. Tapi aku tak nanges taw sebab aku macho, haha, aku pon tak nampak sape yg nanges sebab time tu da light off, lampu sume da padam. Aku pon tunduk je time tu. Tengah-tengah situasi tegang tu, tetibe… krakkk…bam!!!! And tetibe suasana jadik senyap. Aku jadik curious gile sebab dari tempat aku besila memang tak nampak pape, sebab da gelap. Tapi  korang agak-agak la, ape yang belaku senanye? Bunyik ape sebenanye tu tadi??

Ahaahaaaa…..

Bagi yang malas nak meneka, meh aku bitau. Bunyik tadi tu sebenarnya dicetuskan oleh katil kak suhana yang telah pon patah. Ye, kak suhana punye katel patah sebab tak mampu nak menampung berat mereka-mereka yang duduk di atasnye. Aaa lawok-lawokk! Abes sampai lime nam orang duduk satu katil tu, katil kayu plak tu, mane tak patah!! Hakhak, tapi time tu sebab kitorang sume masih lagi nga dalam mode ketakutan, so bende tu x lawak sangat, aku tak denga ade orang gelak pon. Tapi bila da balik dorm lepas abes kene setel malam tu memang aku pakat gelak guling mengilai-ngilai lar gan memembe aku!! Warghahahahaaaa!!

Satu je yang aku pike lepas da xde sore nak gelak : hah dendam liquid paper aku da terbalas! Tido lantai la ko malam ni suhana oiii, miahaahah!!

Akan disambung…….err kalau  aku rajen la, kihkih ^^


Kenangan Aku : Cerita Budak Hostel - I


haii readers..!

Kali ni aku nak bawak korang menjelajah ke zaman silam plak. Tapi tak la silam sangat sampai ke zaman dinasour.  Melampau la tu, aku takdek mesen masa cam nabil, huhu. Zaman tuk kaduk?  pon bukan.  Zaman penjajahan portugis? Atuk aku pon x lahir lagi kot.
Sebenarnya aku nak cite balik kenangan time aku muda mudi dulu, bukan nak kate skang aku da tua, aku muda lagi still, cuma tak la semuda dahulu kala. Oke2 sebelum aku merepek lebih jauh lebih baik kita mulakan story telling ni skang. jeng jeng jeng..

Dulu time sekolah menengah aku belajar kat satu sekolah berasrama kat Kluang. Honestly, before ditawarkan tempat kat situ aku tak nah tau pon sebenanya yang sekolah ni wujud. Siyes! memang taknah denga name die seumo idop! Haha, walhal jarak die dari rumah aku tak la jauh mana, adala dalam sekangkang otromen jek. Kluang ni sebelah daerah tempat aku tinggal. Kalau naik kete dalam 40 minit je da sampai. tapi kalau ayah aku bawak kete stail speed racer, tak sampai 30 minit kadang bole sampai. Dan jarak yg dekat nila sebenarnya antara factor utama sebab kenapa aku terima tawaran nak sekolah kat situ. Senang nak balik bai. tak yah naek bas ekspres segala bagai, naik Johore Motore (bas ting tong) pon da bule balik.

Before aku masuk sini, aku memang mempunyai pandangan yg sangat skeptical pasal sekolah asrama. Yela, da dari kecik akak abang ngan kekawan dok sogok aku ngan citer hantu yang memang sinonim gile gan mane-mane sekolah asrama, so memang la akhirnya aku membesar jadik seorang penakut! Aku ingat lagi, lagi seminggu aku nak bertolak dujane dua ekor tu stil cite mende2 menakutkan ni kat aku. Eh Macam dorang penah skola asrama la plak! Tapi nasib la, dalam takut2 tu, aku berani gak pegi mendaftar. huhu aku memang hero la!

Sampai kat sana je, tak daftar lagi aku da dapat sorang akak angkat. Bukan la sebab aku ni terlalu comel sampai baru turun kete teros ade orang minat nak berkenalan, tapi sebab memang da macam tu prosedurnya. Setiap budak form 1 or form 4 yang baru daftar masuk, akan dibagi akak/abang angkat. Tujuannya sebagai guide kita la. Yela budak baru masuk, ape pon tatau lagi. Jadi bila da ada someone yang boleh tolong tunjuk ajar, sekurang-kurangnya budak baru bole adapt cepat sket. Dan taun-taun mendatang lepas tu, bila da masuk upper form, aku pon merasa la jadik kakak angkat gak. Tapi itu cerita nanti. Sekarang ni kita masih lagi di peringkat hingusan ye kengkawan. (aku pon tak paham asal beginner selalu diconsider hingusan. Ape orang dewasa tak penah berhingus ke? Ha?ha?)

So, biasala duduk asrama. Memang setiap masa terikat ngan peraturan. Sampai nak tido pon ikot peraturan gak. Light off 11.30 pm, means sume lampu tutup.  Budak-budak form 1 memang tak dibagi stay up. Sebab senior kate takde keperluan. Memang takder keperluan pon. Baru masuk sekolah, homework pon tak derk lagi.  Ape barang ye tak nak stay up? So, hari pertama aku kat situ berjalan tanpa ada pape benda istimewa sangat yg berlaku. And thank god, takde pape yg menggangu tido aku malam tu (if u know what I mean).

 To be continued….

*coretan akan datang : cerita pasal senior ganaz ^^ nantikan…

*segmen baru*

assalam ya pembaca sekalian!!

berjumpa lagi kita dalam rancangan melalut lilut, bersama saya hos anda--> (drums rolling) lilot hebat!!! *clap clap clap* (yes, hebat is my surname, ade masalah ker? hoho)

jadi dalam segmen kali ini anda akan menghabiskan antara 5-10 minit di sini ( bergantung kepada kelajuan pembacaan masing-masing) bersama saya, untuk mengupas kulit epal beberapa isu hangat, yang terjadi sehari-harian, di dalam dan luar dunia (background theme song X-File)

jadi, sama ada anda sedar atau tidak, dalam kehidupan kita ini, ada bermacam-macam perkara pelik dan jelik yang terjadi setiap hari. sama ada ia dilakukan oleh orang yang kita kenali, mahupun yang tiada kena-mengena dengan kita ketika mereka hidup ataupun ketika sudah meninggal dunia, perkara sebegini sememangnya tidak mampu dielakkan.

sebagai permulaan, pada petang tadi, saya telah berkesempatan untuk menyaksikan siaran tertunda perlawanan bola sepak Malaysia menentang Ukraine dalam aksi Sukan Universiti Dunia 2011. jadi pembaca sekalian, pada pendapat anda, apa agaknya perkara pelik ataupun jelik yang mungkin sekali boleh berlaku dalam perlawanan bola sepak seperti ini sehingga membuatkan saya begitu rajin hendak mengupas tentangnya???

dalam perlawanan itu, Malaysia tewas 2-1 kepada Ukraine. tapi itu bukan isunya. (ia mungkin berita penting di akhbar utama tapi tak mungkin di belog mengarut ni) apa yang menarik perhatian saya ialah, (bapak skema ayat2 aku) ketika kedua-dua pasukan diberikan masa rehat beberapa minit selepas 20 minit masa perlawanan berlangsung, pemain-pemain bergegas ke luar padang pergi ke tempat duduk pasukan masing-masing dan, dan, dan..... (background lagu Sorry Sorry Super Junior, oke merepek)
dan.. mereka MINUM AIR!!

oh, jadi anda tentu berfikir, apa salahnya minum air selepas penat berlari-lari seluruh padang? ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, ini perkara normal bagi seorang yang penat bersukan!

yaa..memang ia normal dilakukan terutamanya oleh ahli sukan yang telah penat berpeluh, untuk menghidrat semula tubuh mereka, tapi fakta yang penting di sini ialah, perlawanan dijalankan pada SIANG hari! rekod menunjukkan perlawanan bermula jam 4.30 petang waktu di Shenzen, China. dan rata-rata pemain kita beragama Islam! tapi kenyataanya, saya menyaksikan dengan mata berspek saya ini sendiri, pemain-pemain minum air di siang hari, dan tak ade apa-apa kenyataan yang dibuat oleh pengulas untuk menjelaskan tindakan mereka ini!

jadi pembaca sekalian, melainkan waktu berbuka di Shenzen ialah sekitar jam 4.50 petang, anda tak rasa situasi ini menimbulkan pertanyaan? hm?


p/s : matlamat tak menghalalkan cara =P

aksi salah seorang pemain merebut bola

penunggu

ku on power laptop, menunggu ia boot (sempat guling-guling 8 kali atas couch) bila ia sudah on, ku klik pada ikon modemku, bila ikon sudah pop-out, aku klik untuk connect ke internet. ku menunggu beberapa saat, dan akhirnya kuu berjaya. walaupun bacaan statistik menunjukkan data yang keluar masuk sungguh cepat bagaikan kura-kura merangkak, namun ku tabahkan hati jua...membuka beberapa tab..berulang kali menekan reload, selepas beberapa ketika...akhirnya berjaya juga aku load page ini...

tapi alangkah jengkelnya..setelah segala-galanya yang terpaksa aku alami sekejap tadi..................................

..aku takde idea pula mahu berbelog tentang apa. 

-sekian-

p/s : aku bosan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...