erti hidup
hampir dua tahun aku berada di universiti. merasa rencah kehidupan seorang pelajar universiti. belajar benda2 baru, benda hebat yang selama ini aku tak pernah terfikir dapat berpeluang untuk tahu.
tapi above all this, benda yang paling bernilai yang dapat aku pelajari adalah erti hubungan sesama manusia. erti pengorbanan. erti persahabatan sejati. erti keikhlasan. erti memberi. erti mengasihani. dalam erti kata lain, aku belajar banyak tentang erti hidup.
manusia tak boleh hidup sendiri. manusia perlukan teman, perlukan kawan, perlukan manusia lain di sepanjang jalannya. perlukan pemimpin, perlukan kasih sayang, perlukan simpati.
bohong kalau ada yang kata mereka boleh hidup sendiri. sedangkan ALLAH sendiri cipta makhluknya berpasang pasangan, setiapnya ada teman, ada kawan. menolak fitrah namanya jika konsep ini tak dituruti.
tapi kenyataanya, dalam menjalani hubungan sesama kita, tak semuanya indah, tak semuanya manis. lumrah ada telingkah dan ketaksefahaman, kerana manusia dicipta semuanya unik. bukan semuanya berfikiran begini, bukan semua berfikiran begitu. kadang-kadang hati berdarah, kadang-kadang jiwa lelah, kadang-kadang jantung bagai ditusuk.
lumrah dalam perhubungan. sebab itu sabar itu indah. sabar itu lah yg jadi batasnya. sabar itu lah yg jadi penguat diri, penguat rohani. penguat jiwa, penguat hati.
hati ini tahu ALLAH ada bersama. ALLAH sentiasa ada. ALLAH tahu segalanya. di saat tangan ini menaip pun ALLAH masih melihat, mendengar rintihan hatinya. syukur ada ALLAH. syukur ada ALLAH. syukur ada ALLAH.
siapalah manusia, hanya hamba-Nya yang hina. tak bermakna apa-apa dibenci manusia, Masya Allah jangan sampai aku dibenci ALLAH.
kepada-Mu aku bersujud ya Rabb, mohon kekuatan, mohon ketenangan hati, mohon kasih dan rahmat-Mu, di dunia dan akhirat yang kekal
Post a Comment