siapa kata katak huduh??

katak atau nama saintifiknya "katakanlah dengarkanlah cinta padamu setulus hati, murniku",  merupakan hidupan yang tergolong dalam kumpulan amfibia (mengikut buku teks sains darjah empat) . hidupan ini sering dieksploitasi oleh penggubah lagu-lagu klasik dalam lagu ciptaan mereka seperti "lompat si katak lompat" dan "katak oh katak, kenapa hari tak hujan?" (aku tibai je ni).

walaupun agak popular dalam dunia seni suara tanah air, hidupan ini sering dianggap sebagai jelik oleh kebanyakan masyarakat disebabkan sifat semulajadi badannya yang berlendir dan tabiatnya yang gemar mengalunkan irama yang menjengkelkan selepas hari hujan.

walaupun dibenci, namun katak-katak tidak peduli dan terus melompat maju ke hadapan seiring dengan arus globalisasi, modenisasi, paparazzi dan kfc.

buktinya, spesies mereka kini semakin dikenali seeantero dunia dan dijadikan watak utama dalam animasi dan manga di jepun. sesungguhnya kejayaan mereka ini sepatutnya dibanggakan dan lebih wajar untuk dipamerkan di muzium, berbanding dengan baju kawen si Memey.

kesimpulannya, baju kawen Memey lebih huduh dari katak. errr (jaatnye!!!) sekian.




2 Responses
  1. hahahaha...aku pun suka tgok kartun keroro nie lot...hahahaha..

    p/s: aku dah ada 2 blog...hehehehe


  2. Iman Says:

    yayy bibah da ade photoblog!!! peewit!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...