kejadah ape????
di satu pagi yang hening di kala aku bersemangat gile nak online (sebab biase pagi-pagi tenet laju, tak lembabun cam bese sebab tak ramai online kan)... selepas aku menekan tetikus (literally, sebab aq takdek mouse)lantas membuka tab facebook pada browser google chrome ku....tiba-tiba...urff.....
terserlahlah pemandangan ini di hadapanku.....
yaaa...mungkin ada yang tertanya apa yang tidak kenanya dengan pemandangan ini..semuanya nampak seperti biasa..tapi tidak, tidak bagiku.....sob3...
berkecai hati sanubariku tatkala melihat wall facebook ku telah berubah wajah....tanpa kerelaanku pulak tu!!!
cesh!! selama ini aku biarkan saja teman-temanku yang lain menukar profile mereka, bagiku aku akan tetap berpegang pada prinsipku, untuk stick pada profile yang lama...ya! kerna aku menyukai decorationnya! aku menyukai reka letak susunannya, bagiku tiada apa yang tidak kena dengan design lama itu...
tapi facebook...dengan tidak berperikemanusiaanya telah sesukahati menukar profile ku..tanpa kerelaan hati ini! perbuatan mereka ini ibarat meludah ke kandang lembu, menganggap aku hanya sekadar melukut di tepi gantang, tanpa mahu langsung berhenti memikir apa yang aku mahukan, apa yang aku pentingkan..
sungguh tidak rasional mereka ini. apa guna harta berbilion dolar tetapi perikemanusiaan dibuang ke tepi..
sob2...beginilah nasib menjadi pengguna...tiada yang mahu peduli, tiada yang mahu simpati
p/s : kalau aku mengadu kat FOMCA agak2 bule dapat balek ark profile lame??
p/s/s : mark zuckerberg sucks! =P *tetibe
cian lilot...aku dgr rmi yg senasib dgn ko..hehe...nie profile FB yg sama mcm kitorg ke?..ke baru lg?...huhu..xpe lot..nnt akn biasa la tue...hehehehe...sabar ya frenz....hehe... (^_^)
~~~~~~~~~ ....
tima kasih kerna mengajar daaku peribahasa lolot~`
syamimi omar nganjeng aku!!