maafkan ila ayah..

today's the eleventh day since we met 2013.

tahun baru.
tahun pertama tanpa ayah..

life still feel weird at some point. where when i got back home, there's no more car parked in the garage. no one watching the late night 11 pm news at RTM1 everyday. no one would laugh out loud when watching Boboy and The Woody Woodpecker Show. no familiar voice would azan from the nearby surau comes subuh and maghrib time. no more strong arms that would caress my cheek everytime I kissed his hand. and there's a lot more to no more.

the thing is, everything still feels weird. it is too weird that sometimes if I missed those things, i would force myself to believe that he's still alive. I have to. or else it would feel weird. it would make me feel super lonely

ayah..
ila mintak maaf sebab sekarang bila balik ila tak pergi pun lawat ayah lagi. bukan ila tak rindu. bukan ila dah lupakan ayah. tapi ila takut air mata ila mengalir lagi. ila tak nak dengan tumpahnya air mata tu akan buatkan hati ila jadi tak redha dengan pemergian ayah. mak kata jangan nangis kat kubur ayah. mak kata bila kita nangis nanti ayah lagi sedih, ayah lagi tersiksa. tapi ila tak berdaya nak halang. ila cuba tak nak nangis tapi bila nampak je batu nisan ayah air mata mengalir tak henti-henti.

ila tak boleh lupa hari diorang turunkan ayah ke dalam liang lahad tu. kalau along tak pegang ila dah peluk jasad ayah, ila nak pergi sama dengan ayah. ila tak rela orang bawak turun ayah. timbus ayah dengan tanah.

sebab tu ila tak pergi kubur ayah lagi. setiap kali pergi ila teringat hari tu. ila tak nak jadi hamba Allah yang tak redha. hakikatnya ila masih cuba belajar untuk redha dengan pemergian ayah. mak boleh redha, sedangkan mak hilang suami, hilang tempat bergantung, ila cuma hilang ayah. jadi sepatutnya ila jadi lebih kuat dari mak. jadi kuat untuk mak.

hari-hari doa dan fatihah ila tak lupa untuk ayah. tapi ada juga masa, ada juga hari ila rasa malas nak berdoa. nak sedekahkan fatihah untuk ayah. maafkan ila ayah. ayah dah didik ila dengan cukup, tapi iman ila yang masih tak kukuh lagi. bukan ila tak sayang ayah, tapi nafsu ila sendiri yang buatkan tindakan ila kadang-kadang tak melambangkan ciri-ciri muslimah yang sejati. betul lah orang kata, iman tak boleh nak diwarisi. tapi satu yang ila tahu, ila mewarisi keteguhan semangat ayah untuk sentiasa cuba berubah. berubah ke arah yang lebih baik.

ayah tolong maafkan ila.
sampai satu masa bila ila tak menangis lagi, ila akan melawat ayah semula.


“ Maka terputus amal anak adam selepas mati melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh.” Hadith Riwayat Muslim.

semoga Allah redha..

4 Responses
  1. Unknown Says:

    be strong..
    i know u can do it.. u are her daughter afterall.. that's he loves with all his heart..


  2. SI buntal Says:

    lot..kuatkan semangat..


  3. salam, dalila..kuatkan semngat k..aq faham macam mana kehilangan org yg kita sayang..aq yg menitis air mata baca post ko dalila..life must go on..b strong :)


  4. syamimi omar Says:

    lolot kuatkan semangat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...