tadabbur cinta-Nya

Alhamdulillah. selamat sampai di rumah sendiri :) bahagia sangat-sangat rasanya.
hari ni naik bas super awal, mak pesan kalau nak balek tak boleh sampai lewat sangat sekarang, takut hujan tak ada orang nak ambik kat depan. jadi hari ni lepas subuh terus bersiap-siap. sampai TBS jam baru 8.30 a.m, haha rekod tu.

anyway, dalam perjalanan balik tadi rase seronok sangat :) yelar nak balik jumpa mak la katekan. kalau before-before ni bila naik bas dalam 5-10 minit camtu je dah lelap, tapi kali ni tak tahu lah kenapa, lepas dah dua jam pon mata still segar lagi. tapi bersyukur sangat sebab tak boleh tido, sebab terasa perjalanan kali ni lebih istimewa, alhamdulillah, inilah dia tadabbur cinta aku kepada Allah..

mungkin kebanyakan dari kita tak sedar, dan jarang sangat perasan, bahawa sebenarnya semua ciptaan Allah ini ada gunanya, dan semua pun ada keindahannya. kita akan sedar semua ni bila kita cuba tengok alam ni dengan mata hati, kita akan terkejut macam mana sekecil-kecil ciptaan Allah, yang selama ni mungkin kita prefer untuk neglect, sebenarnya sangat besar signifikannya pada alam ni, dan pada kita.

macam tadi dalam bas, sepanjang perjalanan nampak dunia ni dihiasi dengan pohon dan bukit yang serba menghijau. langit yang membiru, awan berkepul-kepul dengan berbagai bentuk dan rupa. terasa sangat sempurna penciptaan dan percaturan Allah ni. sama juga macam jalan, macam bangunan, and even signboard-signboard yang menghiasi sepanjang jalan, kalau Allah tak mengilhamkan kepada manusia, maka tak akan terjadilah ia. begitu jugak Allah ciptakan haiwan dan serangga. semuanya ada fungsi masing-masing seperti yang telah ditentukan Allah. walaupun haiwan tak dikurniakan akal dan fikiran, namun taat mereka kepada Allah ada yang melebihi ketaatan manusia kepada Allah. macam dalam surah Al-Naml, Allah perintahkan lebah untuk buat sarang di gunung-gunung dan pohon yang tinggi, sampai sekarang lebah taat pada perintah Allah ni. tapi manusia? Allah perintahkan kita solat, zakat, puasa, tapi kadang-kadang rasa berat sangat nak tunaikan. haiwan yang tak mampu berfikir boleh taat, tapi kita? "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman)

walaupun hanya perjalanan sekejap cuma dalam bas, tapi ini pun aku rasa cukup bermakna. kadang-kadang memang cemburu dengan kawan-kawan yang mampu pergi melihat bumi Allah ni di tempat yang lebih jauh. tapi apakan daya, sekarang rezeki tak cukup lagi nak jejak ke tempat-tempat yang lain atas bumi ni. "mak pesan duit yang ada sekarang ni guna untuk belajar je. kesian abang wan nak kena sara kita and family dia jugak. adik dah besar, adik kena belajar fikir untuk orang lain tau." Insya-Allah mak ;) tapi papepon rezeki tu datang dari Allah. Insya-Allah, satu hari nanti, jika Allah izinkan, nak bantu family sedaya yang mungkin. and first priority, bahagiakan mak, dan bawak mak berkunjung ke Bumi Cinta kita semua, bumi penuh barakah, bumi penuh magis- rumah Allah :) semoga Allah perkenankan. amiiin amiiiin amiiinn.

papepun Alhamdulillah Allah bukakan hati aku untuk berfikir kejap tadi, and sementara rasa ni masih tak luntur teringin nak kongsikan untuk tatapan bersama di sini. jika ditanya di akhirat nanti tentang kerja dakwah kita semasa hidup, diharap perkongsian yang kita lakukan di laman-laman sosial macam blog dan facebook ni nanti mampu membantu kita, Insya-Allah :)

ayah dah selamat berkunjung ke Bumi Cinta 17 oktober hari tu. lepas ni ayah dah jadi haji, Alhamdulillah. batu nisan ayah pun dah siap, tadi tengok orang tu tersilap ukir, nama ayah dia ukir ada haji. Subhanallah, sungguh, tiada kebetulan dalam hidup ini. aku sayang Engkau, aku cinta Engkau, Ya Allah. terima kasih atas nikmat yang Engkau kurniakan.

semoga Allah redha :)




0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...