sunday's afternoon rant

hari ni rasa sangat-sangat lah malas. (bukan hari ni je) celik mata je matahari da tegak atas bumbung plaza rah. adeh macam ne nak kawen ni?

semalam field trip pergi Teluk Batek. amik contoh sampel air untuk tengok tahap pencemaran. da setel kerja turn kitorang plak satu kelas biomed tolong cemarkan lagi air kat situ. haha

papehal pon seronok sangat la semalam, lama dah tak kumpul ramai-ramai macam ni. hope lepas ni ade lagi lar field trip macam ni, (semua elektif yang aku amik sume ade unsur berjimba, haha, alhamdulillah :p)

anyway dinner course next week, ohh lepas tu adik-adik SMAKJ nak datang pesta buku Insya-Allah 30 Mei ni. yay boleh berjimba lagi ngan mereke, hikhik

huu rase nak tengok kehijauan pulak lah. takde sape-sape nak bawak saye pegi tengok hutan pulak ke? hehe anyway tak sabar nak kerja (tetibe) - nak backpack travel pegi Australia. aritu tengok Qualifications of Men, dorang buat trip pergi Melbourne ke mana, subhanallah cantik sangat tempat tu. tak sabar nak pegi ngan family kalau ade rezeki nanti :)

ecceli tak derk tujuan pon update. aku tengah boring gila. nak buat kerja malas. nak keluar panas. ni pon ade feeling cam nak demam lagi, erghh dah dua minggu demam ni, mintak-mintak Allah sembuhkan cepat, tak mahu pegi jumpa dokter, lalala~

anyway final nak dekat dah ni. marilah same-same berdoa semoga aku jadik lebih rajen. mahu first class honor. Ammeennn...... :)

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...