Sumpahan Badang di Pulau Redang

Assalam.
Bumi Allah ini Sangat Cantik. terlalu lah cantik, so selagi masih ada kesempatan masa dan tenaga macam sekarang ni kita patutnya gunakan untuk tengok dan hayati alam ini sepuas-puasnya kan? :) Alhamdulillah baru-baru ni Allah dah bagi kesempatan untuk aku meneroka dunia lain di sebalik daratan KL dan Batu Pahat tempat aku bermastautin selama ni. dapat jejak kaki and hirup udara laut yang segar kat satu pulau ni yang sangatlah awesome, subhanallah- PULAU REDANG!!

aku pergi sini sebab join program rakan muda ukm, thanks kat sorang membe ni yang promot and secure tempat untuk aku and memember lain dalam program ni, kalau tak tak tahulah bila lagi boleh merasa pergi cuti-cuti kat pulau. i lebiu lah! ngee ><

well, kitorang bertolak jumaat malam 6 April aritu. and sampai kat Jeti Merang kat terengganu tu dalam area 7 pagi camtu gak la. turun-turun bas je kitorang terus naek bot. time tu memang excited tak ingat kot, yelar first time kowt rase naek bot. selama ni wa mampu naek kayak ngan rakit je bai. sekali da dok atas speed boat, amek kaw, jantung rase nak melompat-lompat jewk, wee~ (thank god speed boat ader brake, erkk)

lebih kurang dalam setengah jam atas bot camtu, kitorang pon sampai lar kat tempat yang nak dituju nih- Taman Laut Pulau Redang. ecceli pulau yang kitorang gi ni bukannya Pulau Redang yang main tu, yang banyak resort segala bagai nun, tapi kitorang gi yang sub die. Pulau Redang ni banyak gugusan dia, and one of the gugusan tu namenyer Pulau Pinang, *bukan negeri ros marissa oke, ni kat terengganu ni taw, hello? geografi der, geografi * tempat pemeliharaan hidupan laot a.k.a Taman Laut. haa kat Pulau Pinang ni lar kitorang bercamping *atas khemah ngan atas surau, lol* selama 3 hari 2 malam aritu. berdasarkan ingatan mudah-mudah lupa spongebob aku ni, Incik Imran (antara orang kuat Taman Laut tu) ade cakap lar yang Pulau Pinang ni memang dorang reserve jadik tempat pemeliharaan hidupan laut macam ikan-ikan, terumbu karang suma tu, so that's why kalau nak snorkeling depa pelancong tourist pelawat visitor suma pakat mai sini. dorang (orang tamau laut) besorkan ikan-ikan ni kat sini, then biler da besor gedabak da beranak pinak dorang lepaskan lar ikan-ikan ni ke laut yang lebih dalam. supaya nelayan-nelayan suma ada mata pencarian and depa ni suma tak tertangkap lar anak-anak ikan yang kecik-kecik*puih penatnyer explen* so nak tau lebih lanjut lau rajen korang google la sendiri oke, or tak pon gi je la melancong ke pulau ni, sumpah tak rugi kot derr,, bebaloi baloii lagi..

so, malam tu, haha, ade banyak lar bende best yang berlaku. bende yang sangat best dan sangatlah kelakarr. hua hua. tapi sebelom tu, aku nak tanya korang sikit lar, err ade sape2 yang mabok laut tak? saye jawab halim! err ape halim-halim plak nih, aq backhand gak kang!
anyway before datang sini aku boleh berkata dengan banggenye seiring dengan hidung yang kembang kuncup laksana mimosa pudica malu-malu kene raba bila diajukan soklan ni : "Aku?? mabok laot? aicehh bro, kalau aku cakap tak macam sombong la plak, tapi seyesly, tak kot, kehkeh" bagi anda-anda yang terpike nak bagi jawapan takbur shilaka laka bom bom macam aku ni, elok tarek balek lar, haha *especially for those yang not entirely sure whether depa ni mabok laot ke tak* sebab at the end of the day, you might surprised yourself by being the luckiest one who end up at the darkest and edgiest part of the boat- throwing up - tanpa henti, miahaha ><

seriously guys, malam tu sepatutnya jadik malam aku angkat sotong-sotong berderet-deret naek bot, tapi instead,, erkk dapat produce nasik goreng sweet sour berderet-deret?? ewww!
haha, tapi siyes kelakar, sebab yang muntah berderet-deret tu suma ahli mesyuarat tingkap ehh khemah yang sama. aku, el, kin, kak as ngan yana, perghh wanot selamat sebab die tak tido dalam khemah tu. betol la, aku rase khemah kuning kitorang ni memang dah kene sumpah dengan jin Badang. alar, jin yang suro Badang makan muntah dier dalam hikayat melayu lama tu (err ke cerita kanak-kanak haa? aq pon malas nak kaji, hoho), cume kitorang ni bukanlah jin and takderk Badang yang wujud yang selera nak makan muntahan kitorang tu, selain incik Squidward Tentacles. lol. wakluu sungguh la lawak, nak naik bot suma bising, kepoh kunun nak bawak naek sorang 3 ekor sotong, siap boleh dok ujung bot lagi wat pesen ala-ala adegan dalam Tentanik. sekali bot berenti amek kaw, suma senyap! hahaha, kak as maybe up sket lar, sebab sumpahan jin ni lambat sket nak berosmosis ngan dier, tapi sekali da kene, bile dia hambur je, perghh satu talam nasik goreng kowt keluor, dan sekelian kerabat Squidward pon berpesta! miahahaha!! tapi geng-geng dalam bot tu patot berterima kasih kat kitorang gak sebenanye, sebab sotong datang banyak giler lepas kitorang dah kasik dorang ni makan, aku nampak ade yang berenang tak keruan macam mabuk minum ketum pon hade. so lain kali kalau ade yang nak tuba laut ke tasek ke jangan malu-malu lar calling2 kitorang okeh, hahaha. all in all, aktiviti mencandat sotong malam tu dah jadik aktiviti memabukkan sotong dengan stok nasik goreng yang diperam,, hahaha *maap entry kali ni agak selekeh, weehuu* tapi mabok laot ke tak mabok laot, aku tetap rase best malam tu!! yihhaa!

esoknyer plak, alemak bro, aktiviti yang paling dinanti-nanti : snorkeling bro snorkeling!! first time kowt dalam idop! rase cam idop aku dah lengkap je bile dah merase snorkeling dalam laut ni. subhanallah memang cantik gila ciptaan Allah ni. coral reefs, ikan-ikan, Ya Allah, memang bersyukur giler la dibagi kesempatan untuk rase and tengok sume keajaiban ni. selama ni aku tengok pemandangan camni dalam National Geographic jek. tak pernah terpike hari ni boleh tengok dengan mata kepala sendiri. walopon tak pakai spek tapi still, subhanallah, ajaib sungguh! so dalam sejam gak lar kitorang berenang-renang (pakai life jacket la, hehe) snorkeling sekeliling area taman laut tu. honestly, i can say that, dah hampir dua dekad aku idop ni, ni la experience yang paling best aku rase pernah lalui. benda-benda best aku buat sebelum ni, name it flying fox ke, merempit ke, (hehe) naek roller coaster ker, snorkeling can beat them easily, BIG TIME!! so remaja-remaja di luar sane, bagi yang tak pernah snorkeling lagi, ayuh! haha, manfaatkan masa yang kite ade sekarang, grab your life jacket and goggle and oxygen tube (aku bedal je nih, tatau pekenama bende tuh) whatsoever now and dive into the sea! experience the magnificent view of the wondrous creation of the sea that Allah had generously given to us, feel it in your heart, and be grateful for everything. really, sebenarnya experience macam ni lah yang buat kita lebih gigih berfikir kan. untuk lebih menghargai nikmat yang Allah kurniakan selama ni. Alhamdulillah, terbuka mata hati aku sikit, ini pon nikmat jugak, sekali lagi, Alhamdulillah :)

so, anyway, petang tu patotnye ader jungle trekking, tapi sebab ribut dan badai telah melanda, terpaksa cancel. punah ranah kot kitorang nye khemah, memang da tahap rebah menciom tanah dah. haha, so malam tu kitorang tido surau. takot kowt nak stay dalam khemah, walopon aku ni jauh gile dari tahap ringan sampai boleh terbang bile kene tiop angin, tapi still, kalau da angen kuat camtu takot gak woo, tetibe terterbang pastu tersangkut kat tingkap kapal terbang  Bibah kang naya je. sakit jantung Bibah nanti, sian beliau, haha.

aduh tak macam panjang plak aku taip kali ni, jari-jemari pon macam dah biru je ni, macam dah nak gangrene je. tapi tak ape, aku tak kan berhenti lagi, demi kemaslahatan arena pemerepekan dalam berblog, akan ku teruskan jua perjuanganku ini. *angkat obor atas kepala*

okeh,rilek bro rilek, da nak abes da pon da ni. so skang ni aku nak cita la plak pengalaman lagi satu yang best ni. berapa banyak la derr yang best, ko ni serius tak de pendirian ni. aahh sukahati aku la halim, ko pegi jage roda impian ko je, toksah nak banyak bunyik plak! marahku lagi.

sebok je halim ni, oke aku sebenanye nak habaq yang kitorang ni suma da ada anak angkat dah skang. bapaknyer tatau sape tapi siyes sangat comel anak-anak kitorang ni. group aku (aiceh, baru la ni nak mention aku ade group, haha maap) dapat 3 ekor. tapi tak sure plak yang mana jantan yang mana betinanya. tak sempat nak wat medical check up. anak yang sulung (sebab yang ni first lepas ke laut) name dier Iman. hee, macam familiar kan name ni, hehe, our 2nd son namenyer Norman, kelass kan, macam retiss gitu. and yang bongsu plak kite namekan Abushi Abushi. gabungan nama Abu dan Shinee (oke tipu!). kejadah hapa ko pegi release anak-anak kaw dalam laut pulak dah? tanya halim. hadoi la ade lagi bro ni. halim, halim, meh aku nak habaq sket, memang lar kene lepas ke laot bro, da anak aku ni anak penyu!!! =.=

okeh, sebelom aku merepek lebih lanjut, jom kite tengok gambo halim, ehh tak, tengok gambo-gambo sepanjang aku kat sini! puhh


dalam bot nak menuju ke destinasi


muka bahagia da sampai jeti, woot2

duhai penduduk, i present you with Pulau Redang! ^^

awesome sangat kann? subhanallah ^^

wee da mendarat pon

member aq suke gilew gambor ni, aku pon suke gak, hahaha ><


sampai2 je teros nak panjat pokok kelapa, haha

camping site,, well sebelom ranap, hahaha

inila khemah berpuaka tu! wu3

beberapa puloh minit before pegi mencandat sotong, muke macho lagi..
err, lepas tu sume terkulai tersadai tepi bot tunggu turn nak kasi makan sotong, lol

ade certain yang still gigih mencandat

tadaa!! bapak Squidward yang mabok minum ketum

bro ni hustler giler, kejap-kejap aku toleh dapat sotong, marvelous giler teknik dier, bole masuk olimpik ni


geng mabuk-mabuk atas bot, hehe, so tak segan sangat larr, wawawa

and voila!! bile mase jadik banyak gini aku pon tatau, bukak mate je negok bersusun anak beranak Squidward, naseb dalam mabuk2 tu aku tak terpijak, haha





nice one! 

double nice! even nampak macam tengah high clubbing, errrr

pagi yang indah untuk snorkeling! oyeah!

ramai gila umat time tu, time kitorang turon lagi lar, sampai tersepak-sepak muka orang lain, azab woo, hoho


 

and it's snorkeling time bebeh!!! say hi to Dory!! weee~

awesome nya!! mahu snorkeling setiap hari boleh??


aku masuk air je suma ikan pakat serbu nak ciom, hahaha *kantoi bawu bachen*

ni namanya ikan bilis. well, versi dah diuli dengan tepong KFC, sebab tu pakat besaq bagaii

subhanallah, cantiknyaaaa ^^

introducing--drums rolling!! IIIIMANNN!! bom shakalaka bom shakalakalaka,,

ni Abushi gandaan dua, kecik je dier, semoga membesor menjadik penyu yang beriman..

taking their very first step towards the sea, their real world ;) seyes syahdu time ni, macam gini la mak aku rase nak lepaskan aku masok asrama dulu tak, huwaa rindu maak,, eh mak kat sebelah ngah negok tb, kihkih

Iman!! make sure you come home with lots and lots of cucu taw!! kami ibu-ibu kamu akan setia menanti kepulanganmu nakk, sobs!


p/s : bukan kaki aku.
halim : tengok peratusan lemak pon dah tawu larr, obvious kowt
halim : huwwaaa!!! (kene tarik bulu roma kaki oleh aku)

pencari-pencari inspirasi,, wakluuu ><



opocot!!! ade superman! yihhaa! :D

superman ngah prektis berlakon jadik duta Tourism Malaysia, untuk pendapatan sampingan katenyer,,



like! :)



jumpa lagi kawan-kawan! jumpa lagi Redang! terima kasih Rakan Muda! semoga menten muda sokmo, aloha! ><

 p/s : err gambo sume ni 3% je milik peribadi, yang lain-lain ana sedut secara haram, kehkeh. well, dunia ni kan takderk sempadan. erkk terima kasih kawan-kawan FB atas ihsan gambar-gambar kamu, we lebiu lah! (me and halim)

FIN!
3 Responses
  1. ..SuRaYa.. Says:

    personaliti anda di dalam blog dan di alam nyata tak sama. (bagi yang tidak mengenali anda). haha.

    lepas ni sertai lah lagi program2 Sekretariat Rakan Muda UKM. Insya'allah akan dapat pengalaman yang lain pula. :)



  2. Iman Says:

    suraya : ohh malunyer saye, hikhik, dalam dunia nyate saye ni sangat pemalu orangnyer, maap lar kalau terbagi impression yang tak bagus kat awak, hehe IA, lau wana ajak ade lar muke2 kami ni menyibuk kat situ, lol

    bibah : hehe mesti la kene ader, sebab saye rindu kat awak, hikhik ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...