A Wake Up Call

semakin dewasa usia kita, ada perkara-perkara yang kita tak boleh lari dari menghadapinya..

hilang orang tersayang.

masalah dalam hubungan.

masalah kerja.

masalah kewangan.

semua perkara yang boleh buat kita hilang pedoman. hilang iman kalau kita tak waspada.

aku pernah lalui semuanya.

aku pernah terjebak dalam rasa keterputus asaan. even sekarang pun, kadang-kadang bila hati rapuh, perasaan tak elok tu akan datang balik. time tu mula la fikir benda-benda merepek. rasa tak semangat nak teruskan hidup. rasa nak lari dari semua ni, pergi tempat baru yang tak ada orang boleh kenal aku. nak berenti belajar.. and banyak lagi perasaan-perasaan lain yang tak elok.

bila dah jadi macam ni, time tu memang aku dah tak fikir baik buruk dah. erti redha. erti menyerahkan hidup pada Allah. erti bersabar. semua dah tak bermakna pada aku.

yang aku tau, salahkan takdir. kenapa aku diuji seberat ni. kenapa orang lain boleh gembira time aku sedih. tak ada orang boleh paham ke yang aku pon perlukan seseorang untuk tolong aku berdiri balik. aku tak boleh hadapi semua ni sorang-sorang. kalau aku kat tempat diorang, aku tak akan pernah tinggalkan aku. tak boleh ke orang paham yang diam aku bukan bermakna aku tak nak bercakap-cakap. yang pengasingan aku bukan bermakna aku nak bersendiri. yang aku perlukan seseorang untuk dakap aku bila aku menangis. bantu aku dengan harapan tentang janji-janji dari Allah. tentang makna ujian dari Allah. tapi tak ada. aku hadapi semua yang berlaku sendiri. aku belajar bertatih sendiri.  and when all of these unpretty feelings welled up, I get angry so easily. aku marah dengan orang sekeliling. aku hilang respek dengan semua orang. aku jadi defensive. aku dah tak kisah pasal nak jaga hati orang lain. apa aku peduli pasal perasaan orang kalau orang lain tak pernah pon nak peduli perasaan aku? jujur, inilah yang bermain dalam kepala aku bila emosi tengah tak betul. bila aku tengah selfish. bila aku dah sampai bottom line. bila perasaan tengah goyah, syaitan pun akan membisikkan benda-benda yang makin buat hati kita fragile.

benda-benda ni berlaku bila aku lupa. bila aku hilang pedoman. bila aku hilang iman. kadang-kadang aku rindu suasana masa sekolah. pengisisan aku terjaga. setiap masa ada taman-taman syurga. solat berjemaah terjaga. hubungan dengan Allah jadi benda yang utama. bila nak exam, makin hampir hati aku dengan Dia. Al-Quran, usrah, taman syurga, doa, hadith nabi, ma'thurat, Al-Mulk setiap malam. Subhanallah ketika tu hati ni tak pernah rasa kosong. tapi sekarang ni, makin hari makin aku lupakan semua amalan tu.

aku rindu nak berada dalam kelompok orang-orang yang rindukan Allah. aku rindu dengan perasaan tenang duduk dalam surau setiap kali azan berkumandang. aku rindu dengan tahajjud. dengan salam dan pelukan erat tanda kasih sayang sesama ukhti. aku rindu dengan puasa setiap hari Isnin dan Khamis.

aku rindu dengan rasa rindu kepada-Nya. aku rindukan rasa cinta kepada-Nya. aku rindu kan DIA. terlalu lalu rindu..

a wake up call. semoga rasa ini akan buat aku tak terus lupa lagi. Allahu Allah..Tuhan yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamMu. pada cinta kepadaMu. pada dakwah di jalanMu..Amin ya Rabb

Al-Fatihah untuk ayah dan umi Qaimatul Fatima..


0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...