perkongsian pintar :p

Assalammualaikum.

aku tertarik dengan satu quote ni yang aku dapat dari Facebook beberapa hari yang lepas. bunyik quote tu lebih kurang cenggini lar :

"Allah tak akan pernah uji hamba-Nya dengan masalah yang tak mampu diselesaikan"

macam penyakit, bukan ke Allah dah kata semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. sama juga dengan masalah. tak ada masalah yang tak ada penyelesaian. jadi seharusnyalah kita yakin akan janji Allah ni dan berhenti dari terus-menerus bergelumang dengan kesedihan dan dari rasa keterputus asaan.

Allahu, sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. dengan bersabar kita mampu memelihara hubungan sesama manusia. dan yang lebih penting, hubungan kita dengan Allah. bersabarlah, walaupun pahit. bersabarlah, walaupun hati kita sakit. kerana Allah menjanjikan ganjaran yang hebat untuk orang-orang yang bersabar. jika tidak di dunia, Allah akan beri ganjaran di akhirat.

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad  dan bersabar di antara kamu." 
Qs Muhammad : 31

sungguh, dunia ini adalah ladang akhirat. kita bekerja untuk Allah, untuk agama Allah di dunia ni, dan Insya-Allah, janji Allah sentiasa benar, hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak. kegembiraan hati yang sejati adalah apabila jiwa dapat merasakan rasa rindu dan cinta kepada pemilik-Nya yang utama.

Insya-Allah, masih cuba memperbaiki diri. semoga Allah redha akan aku :)



p/s : minggu keempat posting, hari ni masuk lab mikrob, oh sangat menyesal sebab tak bawak balik nota attachment, buku mikrob and segala mak nenek nota mikrob second year dulu. serius blurrr giler. aku lupa kat HBP takderk atero nak tolong jawabkan soklan.haha, atero, jika kau membaca ini, ketahuilah diri ini amat merinduimuuuu <3 hihi, jom sambung study wiki. doakan keberjayaan aku menjawab soklan-soklan mantap dari abang and kakak kat lab esok dan hari-hari seterusnya. adeh, otak dah berkarat..
1 Response
  1. Unknown Says:

    haha.. skang ak kat blood bank.. berkarat gak ak bile akak2 tnya ak mcm2..pengsan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...