lelaki itu
Dia insan biasa.
Dia juga hanya lelaki biasa.
Tapi,
Setianya pada Maha Esa
Luar biasa !
Jujur.
Rendah hati.
Pemurah.
Pemaaf.
Pengasih.
Menjadi peribadinya.
Untung bidadari yang telah mencuri hatinya.
Pelbagai perkara aku belajar darinya.
Daripada ilmu agama.
Hingga ke ilmu kehidupan.
Bertuah aku dapat mengenalinya.
Dapat bersama denganya.
Dapat hidup dengannya,
Mendapat didikannya,Walau sebentar cuma.
Tapi Itu sudah cukup untuk aku rasa kehilangannya.
Bagi dia,
Mungkin aku hanya perempuan yang biasa.
Tapi bagiku.
dia lelaki yang luar biasa.
Lelaki pertama yang aku cintai,
Lelaki pertama yang bertakhta di hati.
Selalu membawaku ke taman - taman syurga.
Ya Allah bertuah diri ini rasanya.
Kadang - kadang.
Aku tersentuh dengan kata - katanya.
Aku tersentuh dengan gerak gerinya.
Ya, aku tersentuh.
Kerna kata dan gerak gerinya
Kerap kali mengingatkan daku pada Maha Esa.
Sungguh Ya Allah,
Aku mencintai lelaki itu keranaMu Ya Allah.
Terima kasih Ya Allah
Kerana Engkau,
aku dapat mengenalinya,
hidup bersama dengannya.
beroleh kasih sayangnya.
Ya Allah,
Aku hadapkan wajah ini kepada-Mu,
Dengan penuh rendah hati aku bermohon,
Berkatilah hidupnya di sana.
Tempatkan dia dalam kalangan hamba Engkau yang Kau cintai
Aku menyayangi dia Ya Rabb, tapi sayang-Mu kepadanya lebih lagi
Tapi kini Aku redha dengan takdir-Mu
Aku berbahagia dengan ketentuan-Mu
Duhai Ayahku, damailah ayah di sana.
Tenanglah ayah di alam sana,
Ketahuilah kasih anakmu ini takkan pernah luntur
Rindu anakmu ini takkan mungkin berpuput
Ya Allah, aku bermohon,
temukanlah aku semula dengan dia
izinkan aku berpimpin tangan dengan dia,
mengucup pipinya
menikmati seraut wajah yang lembut itu semula,
nanti..
di syurga-MU yang kekal abadi..
"Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya titisan air dari bibir tempat air."
Post a Comment