Le Internship

Esok dengan rasminya aku akan start ber Latihan Industri kat Hospital daerah aku, Batu Pahat. cuak ngan nebes tu tak yah citer lar, memang tahap dewa-dewi dah ni. attachment kat PPUKM yang ramai-ramai dengan satu coursemate dulu pon aku dah takut, lagi lah LI ni yang kompem aku sorang-sorang kena handle.  before ni aku tak rase sangat ketakutannya, tapi start 20-30 minit yang lepas bila mak aku dah bising suroh iron baju, carik kasut, kemas-kemas barang, charge enpon sumer baru lar hormon adrenaline aku baru nak menyerbu-nyerbu masuk dalam sistem saraf. ikotkan kepala yang tak waras nak je aku suroh ayah aku antor gi busten amik bas balek KL skang. tapi kang kena gulai plak ngan mak aku..

arghh baru skang aku rase menyesal tak carik tempat LI yang ade geng. kalau tahu begini jadinya aku apply PPUKM je dulu. at least ramai member kat situ, lantaklah orang nak kata tak berkembang ke ape, sebab attachment ngan LI kat tempat same, tapi at least aku tak seteress derr!! hoho ni baru nak start praktikal kot, kalau nak start kerja nanti aku tak tahu lah macam mana plak, nak kena mintak mak ngan ayah antarkan macam esok gak? kekeke ^^ mahu kena pandang serong ngan rakan sekerja yang lain u'ollz

ohh, by the way, LI ni buat aku terpiker something. pasal masa depan. aku rase selama ni aku hanya hidup dalam kepompong aku sendirik. terlindung daripada realiti. kenapa aku cakap macam ni? sebab dari dulu aku rase hidup aku ni fokusnya cuma nak belajar, dapatkan keputusan yang bagus, dapatkan scholar and everything, and that's all. what's next? nak kerja mana? nak kerja dengan sape? nak jadi kuli je ke sampai mampos? no, aku tak nah berfikir sampai ke situ. well, not exactly tak pernah terpiker, terpiker pernah la (macam sekarang) tapi the real plan, the real idea about the next stage after graduation? nah, aku tak pernah betol-betol pikirkan secara sangat mendalam macam aku berpikir nak makan kat mana setiap hari Ahad. (Kg. Baru asal Ahad je kedai makan banyak tutop, kebulur mak)

yang aku tau cuma every sem dapat duit scholar, bayar yuran, berjimba serba sedikit, spend time dengan memember, pulun study last minit, dapat result, and then continue cycle yang sama untuk next sem lagi dan lagi. but the cycle has to stop now. because I'm about to become a final year student. kena buat final year project, buat thesis, handle experiment and research sendiri, present findings, buat article, publish article, then Insya-Allah, graduate. after that, the real deal will begin. the real life. and sampai sekarang, aku masih tak de plan macam mana nak hadapinya, macam mana nak jalaninya. real life. just hearing it alone makes me wanted to lie down beside my mum and hug her, being comforted by her warmth and never wanting to let her go T_T

*need to start planning out everything from now on*


0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...