nikmat Ramadhan

Alhamdulillah, sehari berpuasa telah berjaya aku jalani. Alhamdulillah jugak, kali ni dapat berbuka dan bersahur dengan mak ayah dekat rumah, selepas bertahun-tahun menyambut hari pertama dalam bulan Ramadhan di asrama. Alhamdulillah, betapa rezeki di bulan Ramadhan ni amat murah. syukur tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan. nikmat kesihatan, makanan, nikmat kebahagiaan, nikmat ketabahan, dan nikmat hidayah dari-Nya. Subhanallah, sungguh Allah tu sangat pemurah, terlalu pemurah..

Petang tadi dapat berita pemergian seorang teman. walaupun tak pernah dapat mengenalinya dengan rapat, tapi kehilangannya tetap aku rasai. betullah janji Allah. ajal dan maut tak mengira usia. tak mengira tahap kesihatan. tak mengira betapa kebalnya diri kita. seandainya telah sampai masa, tak ada yang dapat menghalang malaikat maut daripada datang menjemput. Ya Allah, tempatkanlah Allahyarham Firdaus Ismail dalam kalangan hamba-Mu yang Engkau cintai. Al-Fatihah untuk arwah T_T .

Life is in Allah's hand..

Bersyukurlah kita dengan nikmat Allah. di saat kita bergembira menyambut puasa, meraikan puasa dengan keluarga, ada saudara menangis kehilangan keluarga. di saat kita kenyang perut menjamu selera dengan berbagai juadah mewah, ada yang sekadar menjamah apa yang ada. Subhanallah, jangan biarkan diri ini terus alpa. jangan biarkan hati ini terus terpesong. jangan hilangkan rasa cinta ini kepada-Mu, kepada rasul-Mu. betapa selama ini aku terbabas dari landasan perjalanan menuju sisi-Mu. oleh itu janganlah kau palingkan lagi hati ini. jangan kau palingkan hati ini setelah Kau berikan hidayah Ya Allah. sungguh, aku perlukan bimbingan-Mu. aku perlukan petunjuk-Mu. moga kehadiran Ramadhan kali ini dapat menghampirkan hati ini lagi dengan-Mu.

Indahnya rasa bila menyerahkan hati kepada Allah. :) Subhanallah, inilah dia nikmat Ramadhan..


2 Responses
  1. Unknown Says:

    slmt mnymbut rmdhan kwnku!! hehehe


  2. Iman Says:

    selamat kepada kamu juga kawan ku yang amat ku rindui! *ikhlas ni, hihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...