kesedihan hanya sementara..

Assalammualaikum..
Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati. 


Wahai hamba Allah, iaitu saya dan kamu..

Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi... Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita ini lebih-lebih lagi yang menulis ini dan sahabat-sahabat yang dikasihi. insyaAllah, moga Allah redha ke atas kita semua.


Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. :)

"tak tahu kenapa, malam ni terasa rindu sangat-sangat dengan arwah ayah..kadang hati masih belum benar-benar percaya ayah dah tak ada, pernah balik rumah dulu tercarik-carik kereta ayah mana. Allahu, aku sedar hidup ini hanya pinjaman. sampai suatu masa, semua kan kembali menemui-Mu semula. "Ya..Allah yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu, Engkau sahaja tempat aku mengadu kerana Engkau teman yang paling setia.." 


istiqamah

Allahu Akbar, pada masa aku merasa hati semakin hari semakin jauh dan jauh daripada rasa rindu kepada Ilahi, artikel ini membuat aku terjaga. semoga aku mampu istiqamah. Amiin, amiin amiin...

copied from Warna Hidupku:


"Qowiy, nasihat aku banyak - banyak boleh? takmau sikit - sikit,"

"aku pun perlukan nasihat juga. mungkin lebih banyak nasihat yang aku perlukan dari kau, Abdullah," jawab si Qowiy.

"tapi siyes ni, aku sangat-sangat perlukan nasihat kau ni untuk bangunkan kembali iman aku yang aku rasa semakin hari semakin lemah ni. please. hukhuk," rayu Abdullah kepada sahabat baiknya itu.

"emmm.. ish nak nasihat senang je Abdullah, tapi nak lakukan apa yang dinasihati tu yang susah! aku takut la aku nasihat kau tapi aku pun tak buat apa yang aku nasihatkan tu. rasa macam orang munafik pula. Allah.."

"ala, please lah nasihat aku, aku rasa susah sangat nak istiqamah dalam nak beramal ni, kenapa ek? ada satu masa tu rasa macam semua amal kebaikan kita nak buat, bangun malam setiap hari, al mathurat tak tinggal, rasa setiap masa nak penuhkan hari kita tu dengan segala yang Allah redha, tapi ada satu masa tu, nak buat yang fardhu pun rasa berat sangat, nak buat benda yang sunat lagilah payah.. Allah aku rasa lemah sangat Qowiy.," luah si Abdullah.

"emm, bukan kau je sebenarnya hadapi masalah tu, aku ni pun sama. Sama- sama lah kita saling peringatkan diri eh, kalau aku nasihat ni bukan bermakna aku ni lebih baik. tak tak, moga nasihat ni terkesan untuk aku juga.

teringat aku kata - kata Ustaz Ahmad Abdullah, kalau kita nak kekal dalam melakukan amal soleh, amal tu mestilah dilakukan semata - mata kerana yang Maha Kekal, bila kita lakukan sesuatu hanya kerana sesuatu yang sementara, seperti pujian, perhatian, pangkat dan sebagainya, memang akan jadi sementara sahajalah amal kita tu dan yang paling rugi bila kita lakukan amal bukan kerana Allah, semuanya hanya sia-sia, semunya kosong, kosong, kosong.."

"hmm betul - betul, aku rasa lemah sangat nak istiqamah ni. selalu je futur, kecundang di tengah jalan, kadangkala penat rasanya dengan permainan tarik tali di antara nafsu dan keimanan, hati pun selalu saja tertipu dengan hawa nafsu akibat lemahnya iman.. haish.."

"Memang kita ni insan yang lemah, fizikal kita mungkin nampak kuat, tapi yang dalam hati ni? selalu jadi rapuh sangat. tapi, Imam As-Syafiie ada kata, kelemahan adalah sifat manusia yang paling jelas. Barang siapa yang selalu menyedari sifat ini, ia akan memperoleh istiqamah bersama Allah SWT.

Then, kita kena ingat dan menyedari hakikat hidup kita di muka bumi ini. Setiap daripada kita adalah tetamu, dunia ini adalah tempat persinggahan, negeri asalnya adalah akhirat dan bekalannya adalah amal ibadah. Segala dosa - dosa yang kita lakukan akan menjadi liabiliti atau bebanan kepada kita, tapi segala amal yang kita lakukan akan menjadi aset yang bernilai untuk kita. Sementara Allah masih beri kita peluang bernafas atas dunia ni, berlumba - lumbalah kita beli barangan akhirat, waktu sekarang ni je kita mampu beli dengan tenaga kita, nanti dah sampai waktunya bila kita hanay dalam kubur sahaja nanti, tak boleh lagi dah kita beli barangan akhirat ni walaupun harta berjuta - juta.

Yang paling penting, kita kena bijak dalam beramal. Bukan semberono sahaja, hah dah keluar dah bahasa jawe ni. hehe. Yang penting, kita buat amal ibadah mengikut kemampuan. Jangan terlalu berlebihan sehingga melahirkan rasa bosan dan serik. Dua rakaat sunat tahajud yang rutin kita kerjakan setiap malam, lebih baik daripada 100 rakaat yang kita lakukan sekali sahaja seumur hidup. bukankah amal yang sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak berterusan?

lastly, apa kata kita muhasabah diri kita selalu, bak kata Prof Dr Muhaya, selalu audit diri kita sendiri, selalu lihat pada diri kita sendiri dulu sebelum lihat orang lain. Jangan kita pernah merasa cukup atas ibadah dan kebaikan yang kita lakukan dan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Sering-seringlah meminta ketetapan iman dan tidak terpesong daripada jalan yang Allah redhai."

"alhamdulillah, tak salah aku pilih kawan macam kau ni, sanggup panjang lebar ceramah kat aku. bertuah aku. hehe. insyaAllah aku cuba recheck diri aku ni. entahlah, mungkin terlalu banyak perkara yang bermain - main di kepala aku ni sampai rasa macam "lost in the dark" je. Tak fokus kepada tujuan tapi hanya sibuk memikirkan perkara sampingan."

"InsyaAllah, sama - sama berpesan, nanti bila - bila masa kau pula nasihat aku tau! tapi kan, apa yang buat kau "lost in the dark" tu? tertanya juga aku. ade kaitan dengan Nurain Shafiyyah ke? hehe. gurau - gurau"

"err, macam tau - tau je. ceh takdelah. Itu belum lagi jadi sesuatu yang utama buat aku waktu ini. Malu la kat saudara kita di Gaza sana, takda masa nak fikir soal hati dan perasaan. Yang mereka fikir, nak bebaskan al aqsa, nak menangkan Islam. Then, lagi berdouble triple malu kat Allah , mana boleh kita tipu Allah. Semua Allah tahu."

"alhamdulillah, baguslah kalau begitu, moga Allah redha dengan segala usaha yang kita lakukan untuk perbaiki diri kita ni."

"InsyaAllah, mudah mudahan. amiin."
***********************************************************


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai kebatilan dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya dan menghapuskannya. Wahai Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu.


“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” - Saidina Umar Al Khattab ra-


my train man..

from 3 days backwards i have been glued to this one book I bought at a book fair.
from the moment I take a glimpse of that book, touched it then opened it I knew I'm gonna read this one first out of the pile of books I bought from the same book fair.

this is the book, TRAIN MAN aka DENSHA OTOKO



for anime's obsessor (yes of course I'm referring to you @hassy chan dearie) I'm sure you've heard or even watched this story before. it was a crazy hit in Japan back then. they even made it into anime, tv series, manga and novel, which is the one I was reading so passionately right now. only it has been translated into English of course.

from what I have googled, I came to know that this story was actually based from a true story. one day, one Japanese guy, an otaku to be precise, (note : otaku is what the Japanese called the people who are a geek or a computer nerd) saved a bunch of a woman in a train from a perverted drunken old man. after that courageous act, one woman actually seems to admire his bravery and send him a thank you gift. that guy, or in this novel was called densha otoko or train man, since he was an otaku, he often spends a lot of his time in front of the PC and chat with his fellow geeks in this one website called the 2channel. so, as densha saved the women, he posted a thread on the website. the thread became different from before as more and more geeks started to give him inspirations and encouraged him on the next step on what he should do with that girl who sent him the thank you gifts-instead of chatting about useless gaming and perverted stuffs like before.

so, densha obtained his courage from the comments he gets from the forum and from there he started to take a step further into this relationship that he begins to build with this girl. densha started to became a way different man from before.

well, as for me, I like the way this novel was made. it's not at all like the plain novel with lots and lots of paragraph. but instead, the author actually (read: ACTUALLY) copied all the threads and the comments made at the forum and pasted them into papers and make it into a novel.

Cecilia ahern's novel- Where Rainbow Ends also uses the same concept, only what differs are she uses conversatioons made from YM, letters, notes, e-mail and stuffs instead of comments from a website forum.

all in all, the book was so much fun and sweet and all that I wish I can get the opportunity to be saved by a nice guy in a train also one day, lol. just imagining things. I think before a guy actually come to save me, I maybe have beaten that perverted man to death first. (`A`) ahahaha

p/s : I so need wanted to see densha face so really badly..oh oh oh.. (well, they did say this was based from the real act dont they? or it actually isnt? ) uh uh uh...

hassy chan, please say you have this anime, sobbing*


saturday's rant

hidup tak boleh nak puaskan hati semua orang
kadang kita harap sangat orang lain boleh paham keadaan kita, masalah kita..
tapi hati ni organ dalaman, orang luar tak boleh nak nampak, nak  tahu perasaan kita..
well unless they open you up during autopsy..

dah penat jaga hati orang lain..
lepas ni apa orang nak fikir lantak pi lah

nak ignore aku, nak ditch aku, nak unfriend aku, tak nak tengok muka aku..
be it.

malas nak kisah dah.


@hassychan. aku pun nak jadi kanak-kanak balik. =.= adult life are so troublesome.


Tuhan tolong jagakan dia..

Yesterday Along went back to KL..

which means that mak sekarang tinggal sendiri..
alone in that empty house.

if I have the power, the will, the money..
I would have transferred somewhere near home.

but I don't have all that..
right now I feel so useless.
I feel like I haven't contributed anything for this family.
all I ever do is keep on burdening mak..keep making her sad, making her worry.

Tuhan, tolong hamba-Mu ini.. tolong aku Ya Allah..
jagakan ibuku... :'(
jagakan dia seperti mana dia pernah dan masih menjaga aku hingga aku besar begini..
walau pun dia sendiri, jangan biarkan dia rasa keseorangan..
apabila dia memikirkan perkara yang sedih, kau gembirakanlah hatinya semula..
lindungi dia dari sebarang perkara buruk Ya Allah, sama ada oleh manusia atau makhluk-Mu yang lain..
ketika hatinya pilu, kau hiburkanlah dia Ya Allah..
dan kau berikanlah aku ruang dan peluang untuk sentiasa menggembirakannya..

Allah, tolong jagakan ibuku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...