istiqamah

Allahu Akbar, pada masa aku merasa hati semakin hari semakin jauh dan jauh daripada rasa rindu kepada Ilahi, artikel ini membuat aku terjaga. semoga aku mampu istiqamah. Amiin, amiin amiin...

copied from Warna Hidupku:


"Qowiy, nasihat aku banyak - banyak boleh? takmau sikit - sikit,"

"aku pun perlukan nasihat juga. mungkin lebih banyak nasihat yang aku perlukan dari kau, Abdullah," jawab si Qowiy.

"tapi siyes ni, aku sangat-sangat perlukan nasihat kau ni untuk bangunkan kembali iman aku yang aku rasa semakin hari semakin lemah ni. please. hukhuk," rayu Abdullah kepada sahabat baiknya itu.

"emmm.. ish nak nasihat senang je Abdullah, tapi nak lakukan apa yang dinasihati tu yang susah! aku takut la aku nasihat kau tapi aku pun tak buat apa yang aku nasihatkan tu. rasa macam orang munafik pula. Allah.."

"ala, please lah nasihat aku, aku rasa susah sangat nak istiqamah dalam nak beramal ni, kenapa ek? ada satu masa tu rasa macam semua amal kebaikan kita nak buat, bangun malam setiap hari, al mathurat tak tinggal, rasa setiap masa nak penuhkan hari kita tu dengan segala yang Allah redha, tapi ada satu masa tu, nak buat yang fardhu pun rasa berat sangat, nak buat benda yang sunat lagilah payah.. Allah aku rasa lemah sangat Qowiy.," luah si Abdullah.

"emm, bukan kau je sebenarnya hadapi masalah tu, aku ni pun sama. Sama- sama lah kita saling peringatkan diri eh, kalau aku nasihat ni bukan bermakna aku ni lebih baik. tak tak, moga nasihat ni terkesan untuk aku juga.

teringat aku kata - kata Ustaz Ahmad Abdullah, kalau kita nak kekal dalam melakukan amal soleh, amal tu mestilah dilakukan semata - mata kerana yang Maha Kekal, bila kita lakukan sesuatu hanya kerana sesuatu yang sementara, seperti pujian, perhatian, pangkat dan sebagainya, memang akan jadi sementara sahajalah amal kita tu dan yang paling rugi bila kita lakukan amal bukan kerana Allah, semuanya hanya sia-sia, semunya kosong, kosong, kosong.."

"hmm betul - betul, aku rasa lemah sangat nak istiqamah ni. selalu je futur, kecundang di tengah jalan, kadangkala penat rasanya dengan permainan tarik tali di antara nafsu dan keimanan, hati pun selalu saja tertipu dengan hawa nafsu akibat lemahnya iman.. haish.."

"Memang kita ni insan yang lemah, fizikal kita mungkin nampak kuat, tapi yang dalam hati ni? selalu jadi rapuh sangat. tapi, Imam As-Syafiie ada kata, kelemahan adalah sifat manusia yang paling jelas. Barang siapa yang selalu menyedari sifat ini, ia akan memperoleh istiqamah bersama Allah SWT.

Then, kita kena ingat dan menyedari hakikat hidup kita di muka bumi ini. Setiap daripada kita adalah tetamu, dunia ini adalah tempat persinggahan, negeri asalnya adalah akhirat dan bekalannya adalah amal ibadah. Segala dosa - dosa yang kita lakukan akan menjadi liabiliti atau bebanan kepada kita, tapi segala amal yang kita lakukan akan menjadi aset yang bernilai untuk kita. Sementara Allah masih beri kita peluang bernafas atas dunia ni, berlumba - lumbalah kita beli barangan akhirat, waktu sekarang ni je kita mampu beli dengan tenaga kita, nanti dah sampai waktunya bila kita hanay dalam kubur sahaja nanti, tak boleh lagi dah kita beli barangan akhirat ni walaupun harta berjuta - juta.

Yang paling penting, kita kena bijak dalam beramal. Bukan semberono sahaja, hah dah keluar dah bahasa jawe ni. hehe. Yang penting, kita buat amal ibadah mengikut kemampuan. Jangan terlalu berlebihan sehingga melahirkan rasa bosan dan serik. Dua rakaat sunat tahajud yang rutin kita kerjakan setiap malam, lebih baik daripada 100 rakaat yang kita lakukan sekali sahaja seumur hidup. bukankah amal yang sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak berterusan?

lastly, apa kata kita muhasabah diri kita selalu, bak kata Prof Dr Muhaya, selalu audit diri kita sendiri, selalu lihat pada diri kita sendiri dulu sebelum lihat orang lain. Jangan kita pernah merasa cukup atas ibadah dan kebaikan yang kita lakukan dan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Sering-seringlah meminta ketetapan iman dan tidak terpesong daripada jalan yang Allah redhai."

"alhamdulillah, tak salah aku pilih kawan macam kau ni, sanggup panjang lebar ceramah kat aku. bertuah aku. hehe. insyaAllah aku cuba recheck diri aku ni. entahlah, mungkin terlalu banyak perkara yang bermain - main di kepala aku ni sampai rasa macam "lost in the dark" je. Tak fokus kepada tujuan tapi hanya sibuk memikirkan perkara sampingan."

"InsyaAllah, sama - sama berpesan, nanti bila - bila masa kau pula nasihat aku tau! tapi kan, apa yang buat kau "lost in the dark" tu? tertanya juga aku. ade kaitan dengan Nurain Shafiyyah ke? hehe. gurau - gurau"

"err, macam tau - tau je. ceh takdelah. Itu belum lagi jadi sesuatu yang utama buat aku waktu ini. Malu la kat saudara kita di Gaza sana, takda masa nak fikir soal hati dan perasaan. Yang mereka fikir, nak bebaskan al aqsa, nak menangkan Islam. Then, lagi berdouble triple malu kat Allah , mana boleh kita tipu Allah. Semua Allah tahu."

"alhamdulillah, baguslah kalau begitu, moga Allah redha dengan segala usaha yang kita lakukan untuk perbaiki diri kita ni."

"InsyaAllah, mudah mudahan. amiin."
***********************************************************


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai kebatilan dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya dan menghapuskannya. Wahai Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu.


“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” - Saidina Umar Al Khattab ra-


0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...