amnesia ;(

Assalam..

Macam yang kita tahu iman seorang hamba ni boleh meningkat dan berkurang kan? baru-baru ni aku dapat rasakan yang iman aku ni dah jatuh merudum lebih teruk dari saham BSKL (basikal) jatuh time Amerika kena serang tahun 2001 dulu (macam yang diorang dok heboh canangkan kat dunia). seriously terase diri ni semakin jauh dan jauh daripada Pemilik Hati ini...

masya-Allah ;(

aku terlalu lalai dengan duniawi, sampai aku lupa dengan Pencipta sendiri. aq terlalu asyik bergelak ketawa, sampai aku lupa menangis di hadapan Yang Maha Penguasa. aku jadi lupa langsung dengan Keutamaan aku. Keutamaan aku sebagai hamba-Nya. terasa hidup ini kosong, hati ini sunyi tanpa rasa cinta terhadap Allah.

Ya Allah, ampunilah aku, hidayahilah aku, lindungilah aku, semoga selepas ni hati ini tidak leka lagi, tidak lalai untuk terus mengingati-Mu, Ammeennnn.. ;(

-terasa diri ini sangat kotor sekarang ni...Astaghfirullahalzim...;( ampunilah aku Ya Rabb...ampunilah aku..


"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...