Teluk Bakteria!

salam.

ingat tak post before ni aku ade mention pasal pegi bejimba amik sampel air kat Teluk Batek untuk tengok tahap pencemaran dier? well, orang kampung, result dah keluor. dan dengan kuasa yang diberikan oleh pemegang cop mohor raje-raje, sultan serta sultanah, hatta dengan ini aku mengisytiharkan bahawasanya pantai Teluk Batek ni patotnye difatwakan sebagai haram daripada dijadikan tempat bermandi-manda dan berguling-guling tergolek-golek ayu bila tercampak daripada banana boat oleh sekelian penduduk negeri ni! malah kalau ikot conscience patutnya kawasan ni dikepung dengan tali kuning pulis and dijadikan loji kumbahan sisa pepejal je selayaknya! ibarat diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu, dan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah, seperti ditelan mati emak, diluah puihh rase masen ayer laut- saya karam tak timbul-timbul melaporkan dari kilang Lynas. (tangan tak berhenti-henti tabik straight ke atas)

eh serius ni. sumpah kotorrrr wehh! pakai mata kasar memang lah tak boleh nampak tapi bila diamati dengan mata yang kurang kasar ohh realitinya sungguh lah tidak enak, malah terase busuk dan jijik pula! huh najes! bakteria coliform (microbe yang berasal dari fecal, dalam bahasa sanskrit dikenali juga sebagai kuman taik), E. coli, serta enterobacter anak beranak, tujuh keturunan die sume hader berkampung dalam air kat situ! aishh, bila dikenang-kenang balek, time terjun tiruk dari banana boat aritu rasenye dekat dua botol besar coca cola jugak yang termasuk dalam anak tekak aku ni. humang aih! agaknye E.coli tengah celebrate kelahiran keturunan ke tujuh diorang sekarang ni kot! silap-silap dalam perut aku ni tengah berlangsung hikayat Mahsuri versi E.coli, tett tak terkejut rasenye kalau tetibe esok melabur tetibe tahi yang keluar kaler putih suci, oh saspennye! terus rase tak berani mahu berak, hahaha! (cit! tetibe rase sakit perut! dengkinya E.coli ini!)

cukup pasal tahi, kesian pulak awak tak lalu nak makan tengahari nanti. anyway, berbalek kepada fakta saintifik, berdasarkan ujian colilert, H2S dan membrane filtration yang telah kami jalankan, didapati terdapat kewujudan koloni E.coli dan coliform yang maha besar dalam perairan Teluk Batek ni. bukan saje kat pesisiran pantai, malah kat tengah-tengah laut 20 meter lagi nak ke Pulau Pangkor pon ade ditemui kewujudan mikroorganisma ni dalam kuantiti yang banyak sekali.

tidak tahu lah pula kalau trend masyarakat kini lebih suka berak di laut daripada toilet di rumah sendiri sampai menyebabkan fenomena ni boleh terjadi. rasanya kajian lebih mendalam perlu dijalankan, contohnya dengan mengedarkan questionnaire dan mengadakan soal selidik di kalangan populasi penduduk di situ untuk mengetahui adakah benar wujudnya kegemaran pelik tidak suka berak dan kencing di tandas sampai perlu melunaskannya nun jauh ke tengah laut? bukankah menyusahkan diri dan pemandu bot sahaja begitu?! apakah kepuasan yang boleh diperolehi? lebih baik masa yang ada itu dimanfaatkan dengan bercucuk tanam ubi serta keledek dan mengait rambutan yang sudah masak. sungguh, benar lah kata pujangga hidup kita ini masih diselubungi misteri. ibarat cubit paha kanan, paha kiri tak rase ape-ape, gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia. saya karam yang timbul pakai pelampung sewa melapurkan dari Dataran Merdeka. wassalam.

botol H2S jadik hitam legam macam minyak atar angkara kehadiran bakteria pemakan daging (tipu je oke!! kalau tak ilang lah badan i lepas mandi laut kat situ, hihi)



3 Responses
  1. hahahaha....sengal la entry ko lot..berjimba-jimba dulu, baru tgok ade bakteria ke x...hahahahaha... i like!!!.. aku pun dh telan berbotol2 hundred plus air laut tue..pergh...hahaha


  2. ..SuRaYa.. Says:

    haha.. kalau gaya ukm untuk tesis macam ni.. mesti senang. haha.

    tesis saya pun pasal air. air minuman. tapi kaji sifat fizik dan bahan radioaktif yang ada dalam air tu je lah.

    ~susah2 je update blog dari dataran merdeka. curi tulang ke tak berdemo. haha~


  3. Iman Says:

    kene berjimba dulu beb, lau da tawu kotor kang ko nak ke berjimba?? hahaha realiti tu mmg pahit bibah oi, puihh

    suraya- lau gaya ukm bole wat stail camni arini da bole antar da tesis saye, lol ^^, hahaha, penat berdemo, skali-skale kene amik mase berjimba update belog gak, hikhik


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...