diriku kurang normal!
ignore the scribbles, setelah menimbang dengan semasaknya, aku rasa this is it, akhirnya, pengakuan yang telah lama aku nanti-nanti untuk luahkan. uhh, ye masyarakat, aku akui aku ni sebenanya...adalah... cumil memang tak normal! tapi ketahuilah bahawasanya tak normalnya aku bukan la dari aspek anatomi atau physical appearance, tapi lebih kepada emotion disorder.waa!
kenapa aku rase aku tak normal?? berikut merupakan antara bukti yang aku rasa boleh membuktikan ketaknormalan aku :
1. aku paranoid!
benda-benda yang normal pon boleh buat aku paranoid. setiap kali aku berjalan melalui tempat yang ramai manusia, aku akan jadi sangat paranoid and fikir semua orang tengah memandang dan merenung dan menganalisa segala zarah di muka dan badan aku dengan mata yang memancarkan laser (paranoid tak ingat!). thats why i dont know where to direct my eyes when i was in public transport, or walking along a corridor or road packed with people. pernah ada sorang membe aku dulu cakap aku ni jalan menonong, mata tak fokus. macam ne nak fokus der?? da aku tatau nak pandang mana! tapi bukan ni je, aku gak akan jadi paranoid bile keadaan jadi gelap!especially bile aku ngah sensorang! macam-macam benda menakutkan akan bermain dalam pikiran aku, benda-benda yang tak logik nampak logik je pada aku. contoh aku selalu bayangkan ade orang gali kubur nak tanam mayat kat luar tingkap bilik aku, or dekat pintu ada lembaga berkelubung putih tengah berdiri tengok aku tido! wakluu!! aku boleh mati kalau kene tido sensorang dalam gelap!
gambo antu yg x berapa antu yg berjaye aq jumpe, yg laen sumer bule wat saket jantong! |
2. clumsy setiap minit!
aku clumsy dan aku benci!! baru semalam aku jatuhkan sepeket sosej dari fridge supermarket bila teman mak aku shopping barang dapor, depan RAMAI manusia, dan DUA KALI berturut-turut! ade mak cik tu da pandang aku dengan sangat sinis, "cet! manager supermarket pon tak kesah la mak cik! mak cik nak kesah kenapa??!!" jeritku........dalam ati. tapi keclumsy-an ku bukan setakat semalam atau hari ni je, tapi ia berlaku setiap masa! di mana-mana! even tika aku berseorangan di bilik jua - time exam week aritu je dua kali kopi aku jatuh kotorkan karpet ngan nota, tu baru kopi, belom kira kuah megi dan megi yang baru siap masak dan belom masok mulot langsong! (penyeksaan batin woo) pastu aku ni gak senang sangat tersadung! jalan sekangkang kera sikit da tersadung, (tapi selalu aku pandai cover lar, wahaha) kat tempat yang rata pon aku boleh tersadung gak, apekedehel?? waa sunggoh bukan ku pinta lahir sebegini!! sob3...
3. errr,, aku ade masalah nak pronounce huruf D!
ironic? i know right, since nama aku sendiri bermula dengan hurof D! senang cakap aku pelat D la, ade orang pelat S dan R kan, aku plak tak ley sebot D. bukan la bermaksud aku tak boleh pronounce langsung, cuma bunyik yang keluar tu bile dengar kat telinga orang laen tak berapa sangat ke-D-annye. aku pon tak tau nak describe camne, aahh nak tau korang denga sendrik lar!
4. aku tak reti/pandai/tau nak explain something kat orang
aku ade benda tu dalam pala otak. tapi benda tu tak terkeluar dari mulut aku sebagaimana yang aku nampak dalam pala otak. tapi bila menulis atau menghitamkan MCQ benda yang keluar tu sejibik lak gan apa yang aku pikekan, wahaha! aku tak tau, something wrong gan basal ganglia aku? atau aku ade aphasia?? (language disorder) kenyataanya, aku memang tak pandai nak explain something kat sesapa! thats why i make a horrible teacher, and speaker. kalau ditakdirkan korang nampak aku bertanding untuk pilihanraya umum 10 taun akan datang, sila penuhkan petak orang di sebelah muka aku itu dengan tanda X!!
SEKIAN. -Bernamahapantah-
tu je ke lot??
ko bukan memang senget ke?? xpe lot, disebabkan kesengetan ko la wat aku ketawa golek2..kami hepi yeaaaaaaaaaaaaa =p..
aku penah gak masa nk buang air megi y aku rendam sb nk wat mee sedap goreng, aku tuang air dlm tong sampah skali megi2 aku jatuh dlm tong..sadis~
ade lagi 2,3 point, tapi telalu memalukan untuk direveal kat sini
aku buat belog bukan nak citer hal peribadi taw, muahaha
hak3.. nih rupenya prngai sbnr ko hahahaha
errrr...kenape tetibe aq rase mnyesal mempublishkan entry ini??? hadoii
aku suke ketaknormalan mu...wuahahahahahahhaa....